Sunday, June 21, 2009

Utamakan Bahasa Melayu...

We need to answer this in full Bahasa Melayu. So, this is it!

1. Bekas kekasih saya adalah :
– seorang yang sangat mengambil berat dan penyayang.

2. Mengapakah anda berpisah dengannya:
– dia yang minta berpisah. tak tahu kenapa. alasan nak fokus kerja tapi hakikatnya.....

3. Saya sedang mendengar :
– lagu Angin Puput daripada Melly Goeslow.

4. Mungkin saya patut:
– lupakan kisah silam, terus pandang ke hadapan.

5. Saya suka :
– pabila orang mengambil berat tentang diri saya. saya tidak boleh kesunyian.

6.Sahabat-sahabat baik saya :
– adalah segala-galanya bagi saya selain daripada keluarga tercinta.

7.Saya tak paham :
– kenapa lelaki suka mengambil kesempatan ke atas diri wanita.

8.Saya kehilangan :
– si dia yang saya cintai.

9.Ramai yang berkata :
– saya ni pemalas.

10.Makna nama saya :
– sebenarnya tiada maksud. asalnya mak saya mahu namakan Salwani sahaja. akhirnya ayah saya tambah Mimi untuk mencantikkannya. hehe...

11.Cinta itu adalah :
– suci. namun kadangkala ia boleh membunuh.

12.Di suatu tempat, seseorang sedang :
– memikirkan tentang diriku, tapi siapa ya? hmm...

13.Saya akan cuba :
– berubah ke arah kebaikan. doakan ya.

14.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
– sampai bila-bila.

15.Telefon bimbit saya :
– ada 3. semuanya aktif.

16.Bila saya terjaga dari tidur :
– akan duduk termenung dahulu baru bangkit dari katil.

17.Saya paling meluat apabila :
– berjumpa dengan orang mengada-mengada.

18.Pesta/Parti adalah :
– tempat untuk berhibur.

19.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
– kucing.

20.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
– setiap saat saya bersyukur dengan kehidupan saya.

21.Hari ini :
– adalah hari yang membosankan. sebab itu saya menjawab soalan-soalan ini.

22.Malam ini saya akan :
– tengok tv macam biasa.

23.Esok pula saya akan :
– bangun seperti biasa. tiada agenda.

24.Saya betul-betul inginkan :
– duit untuk dibuat belanja.

25.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
– banyak betul taik mata. haha...

26.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
– pusat membeli-belah.

27.Makanan Barat atau Jepun :
– makanan barat.

28.Bilik yang terang atau gelap :
– bilik yang terang.

29.Makanan segera adalah :
– makanan yang paling saya gemari. sangat tidak sihat tapi saya peduli apa?

30.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
– tata.

31. Anda seorang kekasih yang:
– sangat inginkan perhatian dan sangat mengambil berat.

32. Kekasih anda seorang yang:
– no komen.

33. Wayang kegemaran anda adalah:
– semua saya layan.

34. Apakah cita-cita anda:
– ingin berjaya dalam hidup dan mempunyai keluarga yang bahagia..

35. Adakah anda rasa anda cantik:
– saya terima diri saya seadanya.

36. Apakah makanan kegemaran anda:
– berkaitan dengan keju. sangat menggemukkan.

37. Dimanakah anda berada:
– dalam bilik abang saya.

No comments: